Tuesday, May 7, 2013

Alhamdulillah ~ 8 Mei 2013

Alhamdulillah,

Dalam kearalan terdapat hikmah. Dengan izin dan gerakanNya, ku bangun untuk sujud kepadaNya. Memohon dilapangkan segala urusan, diberi kekuatan untuk bertahan dan diberi keberanian untuk menempuh segala dugaan. Sesungguhnya hanya pada mu aku meminta, di saat diriku tiada apa, tiada sesiapa.
Dengan izinmu juga, ku menikmati waktu dukhamu yang penuh kecantikan, bersujud meminta agar dibukakan pintu rezeki ku Ya Allah, Ya rabbal a'lamin.

Terima kasih Ya Allah....

Friday, May 3, 2013

Alhamdulillah ~ 3 Mei 2013


Alhamdulillah,

Di kesempatan ini saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Ilahi. Kenapa? Sebab mengurniakan nur dan hidayahnya kepada saya. Adakah saya insan terpilih? Saya tidak tahu...Tapi saya rasa sangat bersyukur kerana DIA telah memberi kelapangan kepada hati ini, walaupun dalam keadaan yang sukar. Memberi satu panduan kepada diri ini di saat diri ini tercari-cari destinasi.

Saya sedar perubahan ini memerlukan kekuatan mental dan emosi. Bukan hanya untuk saya, tetapi juga untuk mereka yang bersama-sama saya. Justeru untuk menjadi pengemudi bukannya mudah. Pengemudi kepada 3 amanah yang dikurniakan Allah. Namun Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Anugerah mu ini sangat sempurna Ya Allah, mereka patuh, mendengar kata, bijak, ceria, lembut, menerima, dll. Selama ini tatkala aku sibuk dengan urusan dunia, aku sering melihat mereka dari perspektif yang berbeza. Lantas ku lihat mereka lemah, tidak berdaya, masalah, dan seribu satu macam kelemahan dan kekurangan...wal ya nauzubillahiminzalik... Maafkan hambamu ini Ya Allah...
Dunia telah melalaikan ku, dunia telah melekakan ku. Namun kau berikan aku setitis dari cahaya mu, menyentakku dari kealpaan dunia.

YaAllah, ku pohon kekuatan dari mu untuk kekal istiqomah. Ku mohon dari mu hati yang bersih dari segala sifat mazmumah. Ku mohon dari mu kekuatan menangkis segala prasangka dan pandangan manusia. Sesungguhnya kini, aku hanya mencari redha mu. Kau bimbinglah aku ke jalan mu Ya Allah. Masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki. Kau berikanlah aku kekuatan...

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas nikmat mu yang satu ini.....


Sunday, April 28, 2013

Alhamdulillah ~ 29April2013

Alhamdulillah

Saya masih diberikesempatanuntukmenghirup udara segar pagi ini
dan masih diberi kesempatan untuk berbicara denganNYA di permulaan hari...

Pagi ni saya merasakan bahawa saya adalah seorang yang sangat bertuah, dikurniakan Allah anak-anak yang sangat baik, lengkap dan sempurna!!!
Kesibukan dengan tugasan sebelum ini menyebabkan saya tak nampak atau lebih tepat lagi tidak sempat untuk menghayati dan mendekati 3 anugerah terbesar Allah dalam hidup saya ini. Di kesempatan yang ada ini, hati lebih tenang setelah lebih dekat denganNYA, baru saya menyedari bahawa anak-anak yang Allah amanahkan pada saya adalah sangat istimewa. Jika selama ini saya hanya melihat pada kesalahan mereka, namun kini baru saya menyedari bahawa kesalahan mereka adalah pantulan kesilapan saya. Bila hati lebih tenang, akal menjadi lebih waras. Mereka sangat indah. Terima kasih Allah kerana memberikan saya kesempatan untuk menyedari anugerah mu itu. Dengan izin mu, tidak akan ku sia-siakan mereka.



Cheerio
NFZ

Tuesday, April 23, 2013

Alhamdulillah ~ 24 April 2013


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah...
Saya masih diberi kesempatan untuk menikmati pagi ini dengan penuh ketenangan

Beberapa hari kebelakangan ni, saya dapat sediakan bekalan makanan untuk anak-anak saya ke sekolah. Tak de la special sangat pon, setakat beehoon goreng, pasta, roti telur.. ;-) tapi anak-anak sangat suker...(kawan anak-anak pon suker, so I promise to prepare them pasta this coming Friday...InsyaAllah)

Najwa Hannah dah tak susah nak bangun pagi, mungkin sebab saya kejutkan dia dengan lebih relax kot...tak marah2 macam selalu sebab saya rushing nak pergi kerja

Nazman Hazim, although still menangis bila kne tinggal kat taska, tapi dia nangis kejap jer. bila amik petang, he still mantain his 'cerianess' and cute..hihihi

Nazhan Harraz, dah ada sedikit improvement. Balik sekolah akan buat homework dulu. tapi ada jugak cubaan-cubaan untuk bukak tv...grrrrrgrgrg

Batuk saya dah berkurangan...dah pegi amik ubat :-)

owh...luper...mak bagi pembakar ajaib!!!! TQ mak....menu sehat la lepas ni...hehe

Saya dah siap basic proposal untuk my PhD....will work out for the details one. tapi yang ni nak kne discuss dengan SV dulu

My hubby bagi I allowance untuk I bayar hutang.....TQ dear hubby...

Since dolu-dolu lagi I minat ngan early childhood and peoples psychology...and I intend to have my own taska/tadika...but now, I rasa macam nak bukak pusat tahfiz pulak...hmmmm camne prosedurnye ek???? nak kene study nih....

Semoga Allah memberikan saya kekuatan dan kesihatan, rahmat dan perlindungannya untuk meneruskan  perjuangan hari ini ..... amin..

terima kasih Allah!



Cheerio

NFZ

Friday, April 19, 2013

Alhamdulillah ~ 20 April 2013


Alhamdulillah....

Saya masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di pagi Sabtu ini
Masak breakfast meehoon putih dengan ayam yang telah dipurify..hihi
Main dengan Hazim ;-)
Abg Aan pergi kelas swimming
Dah basuh baju sekolah anak-anak

Alhamdulillah ~ 11 April 2013


Alhamdulillah....

Walaupun hari ni terbangun lewat lagi, tapi aku masih diberi kesempatan untuk mengerjakan solat subuh pada waktunya
Kena hantar abg an pegi sekolah lagi sebab bas dah terlepas, bawak Nazman Hazim
Nazman Hazim behave dalam kereta
Balik rumah, kakak nana belum bangun
Kejut kakak nana bangun, senang jer bangun takde masalah
Baju sekolah agama abg Aan dah kotor, jumpa baju baru yang belum pernah dipakai
Hantar kakak pegi KAFA
Nazman Hazim demam, tapi tak banyak ragam
Boleh buat Sunat Dhuha
Boleh share good things in FB


Wednesday, April 10, 2013

Alhamdulillah ~ 10 April 2013

Alhamdulillah...

Saya diberi kesempatan untuk menghirup udara segar pagi ini
Saya diberi kesempatan untuk hantar abang aan pg school instead of abg pegi dgn bas sekolah, sebab terbangun lewat ;-)
saya berjaya hantar abg ann awal ke sekolah hari ini, sebelum loceng berbunyi
Hari ini saya spend time lagi dengan nazman hazim sebab saya tak hantar dia pg school, anak comel + pintar :-)
Hari ini saya berjaya drive ke Giant bersama-sama si kecil Nazman Hazim!!!! And dia tak kacau saya driving!!!!
Saya berjaya membeli cable charger untuk besties saya ~ my GTab * together with the car charger dengan harga RM40 sahaja, instead of RM45...hehehe (Rm5 jer pon beze nyer...ngeh ngeh ngeh)
Saya menggembirakan Nazman Hazim dengan bawak dia main kat playground Giant
Saya berjaya pujuk dia untuk balik rumah
Dia behave dekat seat sebelah dalam perjalanan balik
Saya ada makanan for lunch
Saya boleh perform solat Zuhur dalam keadaan yang sempurna di rumah
Nazman Hazim tidur pada waktunya, and still tido till now so i dapat turn on my lappy!
Saya dapat tulis post yang sebelum ini  :-)
Saya dapat solat asar
Saya boleh masak untuk dinner kami, walaupon simple jerr hihi
 Anak-anak saya dihantar pulang dengan selamat dari sekolah
Anak-anak solat Maghrib and baca quran
Kami dinner sama-sama
Boleh solat Isyak + sunat Isyak
And boleh tidur dengan anak-anak....

Alhamdulillah...terima kasih Allah atas segala nikmat kurniaan mu...