Sunday, April 28, 2013

Alhamdulillah ~ 29April2013

Alhamdulillah

Saya masih diberikesempatanuntukmenghirup udara segar pagi ini
dan masih diberi kesempatan untuk berbicara denganNYA di permulaan hari...

Pagi ni saya merasakan bahawa saya adalah seorang yang sangat bertuah, dikurniakan Allah anak-anak yang sangat baik, lengkap dan sempurna!!!
Kesibukan dengan tugasan sebelum ini menyebabkan saya tak nampak atau lebih tepat lagi tidak sempat untuk menghayati dan mendekati 3 anugerah terbesar Allah dalam hidup saya ini. Di kesempatan yang ada ini, hati lebih tenang setelah lebih dekat denganNYA, baru saya menyedari bahawa anak-anak yang Allah amanahkan pada saya adalah sangat istimewa. Jika selama ini saya hanya melihat pada kesalahan mereka, namun kini baru saya menyedari bahawa kesalahan mereka adalah pantulan kesilapan saya. Bila hati lebih tenang, akal menjadi lebih waras. Mereka sangat indah. Terima kasih Allah kerana memberikan saya kesempatan untuk menyedari anugerah mu itu. Dengan izin mu, tidak akan ku sia-siakan mereka.



Cheerio
NFZ

Tuesday, April 23, 2013

Alhamdulillah ~ 24 April 2013


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah...
Saya masih diberi kesempatan untuk menikmati pagi ini dengan penuh ketenangan

Beberapa hari kebelakangan ni, saya dapat sediakan bekalan makanan untuk anak-anak saya ke sekolah. Tak de la special sangat pon, setakat beehoon goreng, pasta, roti telur.. ;-) tapi anak-anak sangat suker...(kawan anak-anak pon suker, so I promise to prepare them pasta this coming Friday...InsyaAllah)

Najwa Hannah dah tak susah nak bangun pagi, mungkin sebab saya kejutkan dia dengan lebih relax kot...tak marah2 macam selalu sebab saya rushing nak pergi kerja

Nazman Hazim, although still menangis bila kne tinggal kat taska, tapi dia nangis kejap jer. bila amik petang, he still mantain his 'cerianess' and cute..hihihi

Nazhan Harraz, dah ada sedikit improvement. Balik sekolah akan buat homework dulu. tapi ada jugak cubaan-cubaan untuk bukak tv...grrrrrgrgrg

Batuk saya dah berkurangan...dah pegi amik ubat :-)

owh...luper...mak bagi pembakar ajaib!!!! TQ mak....menu sehat la lepas ni...hehe

Saya dah siap basic proposal untuk my PhD....will work out for the details one. tapi yang ni nak kne discuss dengan SV dulu

My hubby bagi I allowance untuk I bayar hutang.....TQ dear hubby...

Since dolu-dolu lagi I minat ngan early childhood and peoples psychology...and I intend to have my own taska/tadika...but now, I rasa macam nak bukak pusat tahfiz pulak...hmmmm camne prosedurnye ek???? nak kene study nih....

Semoga Allah memberikan saya kekuatan dan kesihatan, rahmat dan perlindungannya untuk meneruskan  perjuangan hari ini ..... amin..

terima kasih Allah!



Cheerio

NFZ

Friday, April 19, 2013

Alhamdulillah ~ 20 April 2013


Alhamdulillah....

Saya masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di pagi Sabtu ini
Masak breakfast meehoon putih dengan ayam yang telah dipurify..hihi
Main dengan Hazim ;-)
Abg Aan pergi kelas swimming
Dah basuh baju sekolah anak-anak

Alhamdulillah ~ 11 April 2013


Alhamdulillah....

Walaupun hari ni terbangun lewat lagi, tapi aku masih diberi kesempatan untuk mengerjakan solat subuh pada waktunya
Kena hantar abg an pegi sekolah lagi sebab bas dah terlepas, bawak Nazman Hazim
Nazman Hazim behave dalam kereta
Balik rumah, kakak nana belum bangun
Kejut kakak nana bangun, senang jer bangun takde masalah
Baju sekolah agama abg Aan dah kotor, jumpa baju baru yang belum pernah dipakai
Hantar kakak pegi KAFA
Nazman Hazim demam, tapi tak banyak ragam
Boleh buat Sunat Dhuha
Boleh share good things in FB


Wednesday, April 10, 2013

Alhamdulillah ~ 10 April 2013

Alhamdulillah...

Saya diberi kesempatan untuk menghirup udara segar pagi ini
Saya diberi kesempatan untuk hantar abang aan pg school instead of abg pegi dgn bas sekolah, sebab terbangun lewat ;-)
saya berjaya hantar abg ann awal ke sekolah hari ini, sebelum loceng berbunyi
Hari ini saya spend time lagi dengan nazman hazim sebab saya tak hantar dia pg school, anak comel + pintar :-)
Hari ini saya berjaya drive ke Giant bersama-sama si kecil Nazman Hazim!!!! And dia tak kacau saya driving!!!!
Saya berjaya membeli cable charger untuk besties saya ~ my GTab * together with the car charger dengan harga RM40 sahaja, instead of RM45...hehehe (Rm5 jer pon beze nyer...ngeh ngeh ngeh)
Saya menggembirakan Nazman Hazim dengan bawak dia main kat playground Giant
Saya berjaya pujuk dia untuk balik rumah
Dia behave dekat seat sebelah dalam perjalanan balik
Saya ada makanan for lunch
Saya boleh perform solat Zuhur dalam keadaan yang sempurna di rumah
Nazman Hazim tidur pada waktunya, and still tido till now so i dapat turn on my lappy!
Saya dapat tulis post yang sebelum ini  :-)
Saya dapat solat asar
Saya boleh masak untuk dinner kami, walaupon simple jerr hihi
 Anak-anak saya dihantar pulang dengan selamat dari sekolah
Anak-anak solat Maghrib and baca quran
Kami dinner sama-sama
Boleh solat Isyak + sunat Isyak
And boleh tidur dengan anak-anak....

Alhamdulillah...terima kasih Allah atas segala nikmat kurniaan mu...


Sharing session : Persiapan ke tanah suci (Umrah)

Alhamdulillah...

Saya dapat menulis lagi. Berdasarkan kepada pengalaman yang sangat sedikit yang saya perolehi sewaktu membat persiapan mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga yang lepas.

Segala  yang baik itu daripada Allah dan yang lemah itu dari diri saya sendiri.

Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan ;-)


Setelah kita menetapkan keputusan kita untuk  mengerjakan ibadah umrah, pastinya selepas tu kita akan mula membuat persiapan berkenaan barang-barang keperluan yang perlu di bawa.
Sebenarnya barang-barang yang perlu di bawa ni pon bergantung kepada budget kita. Ada 2 condition yang boleh diambil kira dalam menyediakan keperluan yang nak dibawa bersama ni:

1) Kita nak bawak barang banyak ke sikit?

Kalau kita nak bawak barang banyak, takde masalah..prepare jer beg-beg yang kita ada and sumbat jer lah barang-barang yang kita rasa nak bawak. Kalau di sana, most of the time saya akan pakai jubah. and bila jalan2, saya akan pakai jubah seluar. Masa solat and umrah pulak, saya akan pakai jubah putih.
So kalau kita takde masalah untuk bawak beg yang dah sedia banyak dari sini, kita bolehlah bawak barang secukupnya ikut keperluan kita selama jangkamasa kita berada di sana...

So... apa barang-barang yang kita nak kene bawak...

Untuk Perempuan

Jubah biasa - Budget untuk pakai tawaf kidai, turun makan kat bilik makan, nak pakai gi ziarah pon boleh. Budget satu j ubah dipakai lebih dari sekali hehehe sangkut la elok2 dengan hanger lepas pakai tu.

Jubah seluar - Untuk pakai masa gi ziarah luar. Yang ni pon budget pakai lebih dari sekali gak hehehe boleh gak guna jubah seluar ni untuk tawaf kidai dan turun makan...kao tak bawak pon takpe. boleh pakai jubah biasa jer

baju tido - Yang ni kalo setiap hari nak tukar mmg masak la...so saya bawak 3 jer, satu baju tido kaftan, 2 pasang lg tu tracksuit n t-shirt yang saya boleh sarungkan jubah bila nak keluar. So at the same time, dia boleh jadi inner kepada jubah hehehe

Jubah putih - Yang ni saya bawak 4 helai. Setiap kali lepas solat, saya tukar and gantung jubah ni. ni mmg purposely untuk solat n umrah.

Stokin kaki + stokin tangan - Yang ni saya bawak lebih sikit. sebab benda kecik2 ni senang kotor. Tapi actually stokin kaki and tangan ni boleh beli kat sana. Beli kat perkarangan masjid nabawi. Boleh dapat 5 item SR10. Dia letak 4 SR10, tawar la sikit, dapt satu free :-)

Telekung - without kain, kain tak payah bawak. Solat kat sana pakai jubah, pakai telekung and stockin. (Stockin biar yang tebal untuk solat, kalau tak kene pakai kasut cina yang sarung tu lagi kat luar)

Inner jubah - Boleh jugak bawak t-shirt yang ada zip kat dada tu dengan seluar sebagai inner. Selain inner, saya bawak 2 t-shirt and 4 seluar.

Tuala - TANYA kepada travel agent anda, adakah di tempat penginapan anda tuala provided. Kalau takde, kene la bawak sorang satu. Saya hanya bawak satu tuala, in case of emergency sebab tuala is provided di tempat penginapan saya.

Barang-barang kecil yang lain - mengikut keperluan anda.

Untuk lelaki

Baju Melayu - Untuk pakai solat n ziarah. Pakai dengan slack. Nak bawak sepasang pon boleh kot...

Seluar slack - Pakai denganbaju melayu

Kain pelikat - untuk buat basahan masa lepak-lepak kat bilik hotel

Jubah - Pakai solat. Boleh jugak pakai masa ziarah

Kain Ihram - Kalau duduk setakat 8 hari kat Mekah untuk umrah, sepasang Ihram pon dah memadai. Setiap kali lepas pakai tu sangkut elok-elok.

Selipar jepun & sandal jalan - pakai masa dalam ihram and g ziarah

Shirt - Kalu nak gi ziarah pakai shirt jer pon takde masalah

Pakaian tidur

Untuk  anak-anak

Ihram kanak-kanak / telekung - untuk buat umrah

Baju basahan - untuk pakai masa lepak-lepak kat hotel

Jubah untuk solat - untuk anak lelaki boleh jer beli jubah kat perkarangan masjid nabawi tu. Jubah made in china boleh dapat dalam SR20. Lepas tawar. Jubah bebudak pompuan mahal sket. So untuk anak pompuan boleh pakai seluar and sarung telekung jer kalo nak solat. then pakai socks.

Selipar / sandals - Untuk pakai gi masjid and jenjalan.

Baju ziarah - Budak-budak baju apa pon tak kisah sangat. Kalo lelaki, pants and shirt pon ok. Kalo pompuan, nak pakai jubah pon boleh, gown labuh pon boleh, seluar and shirt pon boleh...

Pakaian Tidur



Adalah disarankan untuk membawa hanger mengikut kuantiti yang anda mampu bawa. Sebab hotel2 kat sana takde hanger.
And bawak la jugak berus kain and sabun basuh supaya sekiranya pakaian yang kita bawa tak mencukupi, kita boleh lah basuh selai dua....;-)


2) Kalau kita tak nak bawak barang banyak sangat dari rumah, nak bawak beg kosong jer, boleh jugak...budget bawak pakaian untuk sampai ke madinah, and bila sampai madinah dah boleh start menyoppping untuk bekalan pakaian kat sana.

Dekat bahagian luar pagar masjid nabawi tu setiap kali lepas habis waktu solat, ramai peniaga2 jalanan akan bentang tikar and bukak bondot jualan mereka. Jubah perempuan untuk pakai sari2 boleh dapat dalam SR30. Jubah budak lelaki SR20. Jubah lelaki SR40 - SR 60. Seluar jubah SR15. Tudung labuh pakistan SR10.

Barang-barang keperluan lain

1) Of course la toiletries - berus gigi n ubat gigi. sabun hotel provided. Bawak syampu seniri ikalo nak selesa menyampu, sikat rambut.

2) Peralatan ubatan - ubat kat sana mahal. Ubat batuk satu botol kecik SR30. BAwak la panadol, pil chi kit teck Aun (Ubat sakit perut/cirit birit), ENO, dll yang dirasakan perlu. Minyak angin or minyak urut kene bawak sebab bagi yang kurang excercise, lepas umrah pertama tu kaki mesti bermasalah punye, so nak kene urut-urut sikit utk next umrah hehehe.

3) Buku panduan ibadah umrah - Buku ni ada yang besar and ada yang gantung kat leher. Kalau yang besar tu, masa kat hotel boleh baca. And of course explanationnye lg panjang lebar la compare to yang sangkut kat leher tu, yang tu kecik jer, so most intipati adalah secara ringkas.

Tapi semasa menunaikan ibadah umrah, saya lebih selesa menggunakan yang kecil, yang boleh digantung dileher. Senang nak menyelak semasa bertawaf dan bersaie. Possiblity untuk buku tu jatuh semasa bersesak2 pun lebih kecil. Buku ni mengandungi bacaan ketika tawaf dan saie sebagai panduan. Nak baca ikut buku pon boleh, tak ikut pon tak pe... ;-)

4) Gunting kecil - untuk bertahallul

5) Ketip kuku - sunat potong kuku sebelum buat umrah. Lagipon 2 minggu kat sana mesti nak potong kuku kannn.....hehehe

6) 2 Pin adapter - Kat sana ada yang guna 3 pin macam kita. Ada yang guna 2 pin. Kalo tak bawak pon takpe. Boleh jer beli kat kedai2 bawah hotel kat madinah or mekah. Harga tak pasti. sebab tak tanya.

7) Lauk pauk - Boleh la kot nak bawak sambal ikan bilis kering ker...manala tau awal-awal sampai takde selera makan nasi kawah hehehe

8) Iron - saya rasa tak perlu dan saya tak bawak pon. Rasanye kat sana semua orang sibuk nak beribadat jer, takde masa nak tengok and teliti baju org bergosok ke tak..huhu. Almost all the time kalo keluar mesti dengan telekung or mini telekung yang boleh terus solat bila masuk waktu (untuk perempuan).

9) Shaver - Nak bercukur sebelum niat umrah

10) Botol air - Untuk ambik air zam-zam sebagai bekalan di hotel and ketika jalan-jalan. Tak bawak pon takpe, boleh jer beli air mineral kat sana and recycle the bottle.

11) Pelembap bibir - Cuaca kat sana akan menyebabkan bibir kita kering. So kene apply pelembap bibir selalu supaya bibir tak kering. Kalau tak bawak boleh beli olive oil kat sana. Satu tin kecil SR5 jer..sangat bagus diapply kat bibir and kulit. Kat muka pon elok. Melembapkan...


Seingat-ingat saya, inilah antara keperluan yang perlu dibawa bersama. InsyaAllah, kalau ada yang tertinggal, akan saya tambah kemudian.

Assalamualaikum w.b.t

Tuesday, April 9, 2013

Sharing session : Tips memilih Agent Umrah


Alhamdulillah....

Orang kata tak kenal maka tak cinta
Dah kena baru nak bukak mata..hihi

Saya rasa terpanggil untuk mencatatkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam memilih pakej mengerjakan umrah di tanah suci. Catatan-catatan saya ini adalah berdasarkan kelemahan-kelemahan yang saya kenalpasti terjadi sewaktu saya mengunjungi haramain, yang pastinya boleh diperbaiki. Catatan saya ini juga adalah sebagai rujukan kepada saya yang mungkin akan terlupa, untuk rujukan di kemudian hari, InsyaAllah.

Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan...;-)


Saya hanyalah manusia biasa. Hamba yang Allah jadikan agar patuh dan taat mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Namun ada masanya saya engkar. Ada masanya saya tersasar. Ada masanya saya terleka. Dan ada ketikanya saya alpa.

Perancangan untuk mengerjakan umrah telah terlintas di benak fikiran saya sejak dua tahun yang lepas. Namun ada saja rintangan yang menghalang hajat saya disamping faktor kewangan yang pada perkiraan saya ketika itu tidak mengizinkan.
Namun keinginan itu semakin hari semakin kuat. Saya menganggap itu sebagai satu hidayah yang dikurniakan Allah kepada hambanya yang banyak berdosa ini. Alhamdulillah...

Awalnya saya merancang untuk menggunakan waktu cuti sekolah bulan Mei/June 2013 untuk mengunjungi haramain dan menunaikan ibadah umrah. Memandangkan saya merancang untuk membawa anak-anak saya yang bersekolah, maka pastilah tarikh cuti sekolah menjadi pilihan. Saya telah memulakan aktivit meng'google' agent-agent yang menganjurkan pakej umrah seawal November 2012 (Tapi rasanya ada yang membuat persediaan lebih awal dari saya..hihi).

Ketika saya meng'Google', faktor utama yang saya ambil kira adalah HARGA. Sesungguhnya, saya hanyalah rakyat marhaen yang kurang serba serbi, termasuklah faktor kewangan. Namun saya nekad, dan saya pasti bahawa Allah akan membantu saya dan memakbulkan hajat saya yang SATU ini. Justeru terdapat beberapa agent umrah yang telah saya senarai pendekkan dengan mengambil kira harga sebagai faktor utama. Faktor kedua yang saya pertimbangkan ketika itu adalah LOKASI HOTEL di Madinah dan di Mekah. Di Madinah, kebanyakan hotel adalah berhampiran dengan masjid Nabawi, sekitar 100 - 200m. Hotel-hotel ini mengelilingi masjid Nabawi dan kita boleh memasuki masjid Nabawi dari pintu-pintu yang berhampiran. Namun di Mekah, untuk pakej-pakej hotel yang berhampiran dengan masjidil haram harganya adalah sangat tinggi. Kerana Masjidil haran sekarang dalam proses peluasan. Maka, hotel-hotel murah di kawasan sekeliling yang berhampiran semuanya telah dirobohkan dan diganti dengan hotel-hotel mewah.

Itulah 2 faktor utama yang saya ambil kira sewaktu saya mencari agent umrah yang akan saya gunakan untuk kembara tanah suci saya.

Saban hari mengkaji tentang pakej umrah, menimbulkan satu perasaan yang amat memuncak dalam diri saya untuk segera mengunjungi tanah suci haramain ;-). Perancangan awal untuk pergi pada cuti sekolah Mei/Jun, telah saya bring forward ke cuti sekolah Mac 2013. Memandangkan cuti sekolah hanya seminggu, maka saya dengan kuasa yang ada pada saya mengizinkan anak-anak saya untuk bercuti lagi seminggu, tambahan kepada cuti sekolah yang sedia ada....hihihi

Call sana, call sini, gedebuk gedebak, gedebuk gedebak, tanya itu, tanya ini, tawar menawar dan sebagainya, maka saya mengconfirmkan pemergian kami sekeluarga (except sikecik huhuhu, kne tinggal dengan opah 2 minggu..) dengan Dasree Travel and Tours. Syarikat ini beroperasi di Kedah, dan baru membuka cawangan di Ampang, Kuala Lumpur. Pada hemat saya, apabila sesebuah syarikat itu mempromosikan servisnya di internet, maka syarikat sudah pasti boleh memberikan servis yang setara dengan servis yang mungkin diberikan kepada rakyat tempatan di mana syarikat ini beroperasi. Saya tegaskan sekali lagi, pada masa dan ketika saya membuat keputusan, hanya faktor HARGA dan LOKASI HOTEL yang menjadi faktor utama kepada penetapan keputusan saya. Kedhaifan saya menjangkakan bahawa servis yang akan diberikan kepada pelanggan, lebih-lebih lagi kepada pelanggan yang akan berkunjung ke tanah suci haruslah diiringi dengan keikhlasan. Dan dalam fikiran saya yang dangkal ini, sebarang pekerjaan yang diiringi dengan ikhlas sudah pasti akan membuahkan hasil yang terbaik.

Maka dengan ini, saya turunkan beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam perancangan untuk mengunjungi tanah suci. Faktor ini juga boleh diguna pakai untuk memilih travel agent yang akan membawa anda ke tanah suci kelak. Segala catatan ini adalah berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui. Justeru hikmah pengalaman adalah saya beroleh banyak pengajaran yang mungkin boleh dijadikan panduan dan ingatan.

1) Kredibiliti Syarikat dan staff
Sebaik-baiknya, pilih lah syarikat yang berhampiran dengan lokasi kita berada agar segala urusan lebih mudah untuk dilakukan secara bersemuka di pejabat. Pastikan staf-staf syarikat mampu untuk merungkaikan segala persoalan yang timbul dibenak fikiran anda dan mampu memberi informasi yang relevan dan meyakinkan mengenai produk pakej yang ditawarkan. Staf syarikat yang saya maksudkan adalah mereka yang menjawab  panggilan anda apabila anda membuat panggilan kepada syarikat bertanyakan mengenai pakej yang diiklankan. Bukannya anda diminta untuk menghubungi semula beberapa kali pada kemudian harinya untuk bercakap dengan tuan punya syarikat yang pada masa yang sama menjadi mutawwif mengiringi jemaah umrah, marketing officer, pemandu pelancong, etc, etc kerana hanya DIA yang mengetahui segalanya.

Ini sangatlah penting kerana apabila kita telah engaged dengan syarikat berkenaan, kita akan sering berurusan dengan mereka untuk urusan bayaran, imigresen, visa, pastport dll. Justeru, ketidak efisienan mereka akan menyebabkan kita sentiasa panas hati dan mungkin akan menambahkan dosa kita sebelum berangkat ke tanah suci. Nau'zubillahiminzalik...


2) Terma dan syarat syarikat
Sewaktu anda meng'Google' syarikat-syarikat yang menawarkan pakej umrah, anda akan menemui syarikat-syarikat yang mempunyai terma dan syarat yang perlu di patuhi/di persetujui oleh pelanggan. Sekiranya kebanyak ayat di dalam terma berikut bermula dengan perkataan " Company will not be responsible..." atau " Syarikat tidak akan bertanggungjawab...." atau " Syarikat boleh mengubah...pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada pelanggan " --> Just forget it!!!

Term 'Customer is always right' masih releven. Terma-terma sebegini telah menunjukkan sedari awal bahawa syarikat memang meancang untuk tidak memberikan perkhidmatan yang baik/tidak mahu memperbaiki kelemahan syarikat mereka. Justeru, to play safe dan mereka tidak mahu pelanggan menyalahkan mereka di kemudian hari, maka mereka mewujudkan terma dan kondisi sedemikian rupa. So, please say NO to this kind of company. Kebarangkalian untuk mereka memanaskan hati anda di kemudian hari sangatlah tinggi.



3)Harga Pakej
Salah satu faktor yang berkait rapat dengan harga pakej ke tanah suci adalah jarak hotel dari perkarangan Masjidil Haram. Berlandaskan kepada survey saya, untuk jarak hotel sekitar 150m - 250m, untuk bilik berempat dan ke atas, harga pakej adalah dari serendah RM5500 - RM6500. Sekiranya kita nak bilik berdua, maka harganya adalah lebih tinggi. Sekiranya kita nak bilik berdua pada harga yang lebih rendah, hotel kita berkemungkinan besar adalah pada jarak yang lebih jauh dari masjidil haram.


3) Lokasi Hotel di Mekah
Sekiranya kita mempunyai kemampuan yang lebih, maka pilihlah pakej yangmenawarkan hotel yang berhampiran dengan masjidil haram. Ianya memudahkan kita untuk berulang alik menunaikan solat lima waktu di masjidil haram yang dijanjikalan pahala 100,000 oleh Allah S.W.T.

Tapi kalau kita kurang berkemampuan, sebab biasanya untuk hotel yang lebih dekat, harga pakejnye lebih tinggi, tak kisah lah duduk hotel mana pon. Kalau dalam jarak 250m - 500m still boleh berulang alik lagi. tapi kalau jarak lebih jauh, untuk menjimatkan tenaga, mungkin kita boleh rancang perjalanan. Contohnya, qiyamulail + solat subuh, then balik bilik, breakfast. Pegi untuk solat zuhor, then stay sampai asar, baru balik. Pas tu pegi maghrib, tunggu Isyak baru balik. Ada jugak yang balik lepas subuh, then pegi waktu zuhur, stay sampai Isyak, baru balik. bawak la roti ke pape sebagai alas perut sementara duduk di masjid tu. Balik malam, dinner.

Ada juga hotel yang agak jauh, tapi pihak hotel menyediakan pengangkutan bas untuk ke masjidil haram setiap kali waktu solat. So kene TANYA agent umrah kita berkenaan pengangkutan ke masjidil haram sekiranya jarak hotel kita agak jauh untuk ke sana.

Secara peribadinya, saya lebih suka hotel yang berhampiran masjidil haram. Tapi sekiranya tidak berkemampuan, jarak hotel sudah menjadi perkara kedua. Yang penting, kita telah berada di tanah haram dan yang selebihnya, rancang lah untuk mendapat kan yang terbaik.


4) Servis

-Mutawwif
Mutawwif adalah mereka yang telah dilantik oleh agent umrah kita untuk membantu/mengetuai umrah kita untuk kali pertama.
Ada travel agent yang mengupah para pelajar Malaysia di sana untuk menjadi mutawwif. Ada juga agent yang mengupah rakyat Indonesia yang tidak diketahui identitinya untuk menjadi mutawwif.  TANYA kepada agent umrah anda, siapakah bakal mutawwif anda di tanah suci nanti. Sekiranya ini adalah pengalaman umrah pertama anda, pastinya anda perlukan mutawwif yang meyakinkan, yang boleh membantu anda melaksanakan ibadah umrah anda dengan sempurna, tanpa cacat cela atau sebarang keraguan.

Secara peribadinya, berdasarkan kepada pengalaman umrah petama saya, saya lebih meyakini para pelajar kita yang menjadi mutawwif di sana berbanding makhluk Allah dari negara jiran ini.

Justeru, TANYA kepada agent umrah anda, siapakah bakal mutawwif anda ketika umrah di Mekah.

Selain daripada menyediakan perkhidmatan mutawwif di Mekah, ada agent yang menjanjikan perkhidmatan mutawwif (saya rasa lebih tepat istilah pemandu pelancong digunakan) ketika di Madinah. Ada juga agent yang menjanjikan mutawwif wanita untuk menemani jemaah wanita mengunjungi taman syurga Raudhah di Masjid Nabawi. Sememangnya, sekiranya ada mutawwif wanita yang menemani anda mengunjungi Raudah, fasih pula berbahasa Arab, perjalanan anda ke Raudhah akan menjadi lebih mudah.

Namun ada agent yang buat-buat lupa kepada janji mereka untuk menyediakan mutawwif wanita kepada jemaah wanita di Masjid Nabawi. Maka sekiranya ini berlaku, tak salah rasanya untuk kita menagih janji mereka kan...???

-Makan
Alhamdulillah, rasanye semua makanan yang disediakan oleh agent adalah selamat untuk dimakan. Bergantung kepada tekak kita jer boleh terima atau tidak. Tapi kalau rasa x boleh terima sangat, banyak jer kedai-kedai makan di kawasan sekitar masjidil haram/masjid Nabawi. So dont worry, boleh bungkus and makan kat bilik...hehehe
 
-Pemandu pelancong / wakil syarikat
Sepatutnya akan ada wakil syarikat yang station bersama kita di bangunan hotel yang kita duduk. Bukannya di hotel lain. Kerana mereka yang akan menjaga kebajikan jemaah berkaitan makan, minum, bilik, pengangkutan, sakit demam dan sebagainya.

So, TANYA jugak pada agent tersebut sebelum anda memilih untuk pergi bersama mereka. Ada agent yang lepas tangan apabila jemaah telah berada di tanah suci kerana mereka tinggal di hotel yang lain. Jemaah kene pandai2 pandai sendiri untuk menguruskan hidup selama lebih kurang 8 hari di tanah suci.

(Saya dan anak-anak memanjat Jabal Rahmah melalui laluan berbatu sedangkan ada tangga disebalik sana bukit. Siapakah yang sepatutnya menunjukkan kepada saya selok belok kawasan ini??? Ini hanyalah masalah kecil bagi saya, seronok mendaki batu bersama anak2. Jabal Rahmah takde lah tinggi mana pon...;-) )

-Umrah dan ziarah
TANYA kepada agent tersebut, berapa kalikah umrah yang ditawarkan oleh pakej mereka. Maksud umrah yang ditawarkan oleh pakej adalah berapa kali mereka akan membawa kita keluar dari tanah haram (samada untuk ziarah/purposely untuk miqat) untuk niat umrah, dan selepas itu boleh terus mengerjakan ibadah umrah.

Ada syarikat yang menawarkan sehingga 5/6 kali umrah. maksudnya, mereka akan bawa kita ke luar kawasan tanah haram, miqat dan balik semula ke tanah haram untuk membuat umrah. Kebanyakan agent umrah hanya menawarkan 3 kali umrah. Bagi saya, pakej yang menawarkan 5/6 kali umrah, servisnya boleh dikategorikan sebagai BE (Beyond Expectation, terbaikkk...) Bagi yang menawarkan 3 kali umrah, pakejnya adalah OK. Tapi agak bermasalahkan bila pakej yang dijanjikan 3, yang ditunaikan hanya 2....hmmmm

-Value addeed service
Sekiranya pakej yang ingin kita ikuti itu disertakan dengan ustaz untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kita sepanjang kembara tanah suci kita, itu adalah value added service bagi saya. Memang banyak sangat persoalan yang akan timbul sewaktu kita di tanah suci. Berkaitan ibadah umrah, berkaitan DAM, dll. Sekiranya agent yang bersama kita adalah seorang yang reliable berkenaan hukum hakam agama, Alhamdulillah... Tapi sekiranya tidak???? Pastinya setiap persoalan agar terbiar tanpa jawapan. Silap-silap kene call ustaz kat Malaysia untuk pencerahan.

So, TANYA jugak kepada agent tersebut, adakah mereka yang faham hukum hakam agama yang akan bersama-sama anda ke tanah suci kelak.


5) Flight
Sebaik-baiknya, pilih lah flight penerbangan terus ke Madinah. Sekiranya tidak ada penerbangan terus ke Madinah pada waktu itu, pilihlah penerbangan ke Jeddah. Transit akan melambatkan waktu perjalanan dan memenatkan badan.

Perjalanan dari Jeddah ke Madinah dalam 5 jam menaiki bas. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah dalam 2 jam menaiki bas. Kebanyakan agent mengatur perjalanan dari Jeddah ke Madinah,  bermalam 3 hari di Madinah dan bergerak ke Mekah. Perjalanan dari Madinah melalui laluan datang yang sama, lencongan sebelum masuk ke Jeddah untuk ke Mekah. Masa perjalanan Madinah-Mekah, lebih kurang 5 jam jugak. Perjalanan dari Mekah ke jeddah sekitar 2 jam.



6) Kursus Umrah
Ini SANGAT PENTING!!!
Ada diantara kita yang memandang ringan kepada kursus umrah memandangkan rukun umrah lebih sikit jika dibandingkan dengan haji. Justeru umrah dianggap mudah. NO, NO, NO. Jika di dalami, umrah tidak semudah yang disangka. Sekiranya rukun umrah tidak sempurna maka tidak sahlah umrah kita dan sia-sialah segala perbuatan kita.... dan sekiranya larangan umrah dilanggari, maka DAM lah keatas kita. Dengan pengetahuan yang cetek, kita mungkin menyangka umrah kita telah sempurna lalu melanggari pantang larang ihram. Sedangkan hakikatnya umrah kita masih belum sempurna dan kita masih di dalam ihram, nau'zubillahiminzalik...
Penuh kan lah ilmu di dada sebelum berangkat ke tanah suci supaya ibadat kita lebih sempurna.

TANYA kepada agent umrah tersebut, adakah kursus umrah ditawarkan kepada para jemaah. Sekiranya ada, tanya betul2 bila dan di mana. Ini lebih penting untuk mereka yang berada di luar kawasan operasi agent umrah. Bertegaslah dengan agent umrah anda berkenaan kursus umrah untuk anda. Minta mereka tetapkan satu tarikh untuk kursus umrah anda. Sekiranya mereka tidak berjaya melaksanakan kursus umrah untuk anda pada tarikh tersebut, sepatutnya mereka ada alternatif lain untuk anda. Kursus umrah di restoran atau di kedai mamak tidak sepatutnya berlaku. Sekiranya ini berlaku, itu adalah tanda2 awal kepada perkhidmatan yang lebih teruk seterusnya.
Anda boleh membatalkan pemergian anda dengan agent berkenaan sekiranya ini terjadi, untuk mengelakkan masalah lain yang mungkin timbul sepanjang kembara anda kelak.


6) Air Zam-zam
Berdasarkan kepada survey saya secara rambang, kebanyakan agent umrah di negara ini memasukkan air zam-zam ke dalam pakej jemaah. TANYA kepada agent umrah tersebut, adakah air zam-zam yang dimaksudkan adalah air zam-zam didalam botol sahaja atau telah dipek dan diseal di dalam plastik tebal serta dimasukkan ke dalam kotak? Sekiranya hanya air zam-zam di dalam botol, anda perlu sealkan air zam-zam tersebut dan masukkan ke dalam kotak di Airport Jeddah/ Madinah dengan bayaran SR15. Sekiranya pakej air zam-zam yang ditawarkan sudah siap berpek dan diletakkan dalam kotak, maka anda tak perlu buat apa2 lagi dan sepatutnya tidak akan ada bayaran tambahan yang diminta oleh agent tersebut ke atas anda lagi sebagai bayaran untuk pek dan kotak.


7) Dengarlah kata hati
Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih agent yang akan membawa anda mengunjungi tanah suci, buatlah kajian berkenaan syarikat yang telah disenarai pendek. Mungkin anda boleh mendapat serba sedikit maklum balas dari pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka. Buatlah istikharah  meminta petunjuk dari Allah tentang hasrat anda. Dan akhirnya, dengarlah kata hati anda kerana ada masanya, ia adalah petunjuk yang nyata.


Semoga dapat dijadikan panduan dalam memilih agent yang akan bersama-sama kita untuk kembara ke tanah suci. Dan semoga menjadi peringatan kepada diri saya sendiri.

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Monday, April 8, 2013

Ku temui damai di rumah Mu

Alhamdulillah...

Sudah 6 hari saya meninggalkan tanah haram, tanah suci Mekah. Namun masih jelas di ingatan bayangan RumahMu, Kaabah. Terasa sayu hati untuk melangkah pergi selepas selesai tawaf wida'. Tak putus doaku agar engkau memandangku dengan penuh kasih sayang, melapangkan rezeki ku dan mengundang ku semula untuk mengunjungi rumah Mu Ya Allah. Insyaallah...

Saya bersyukur. Sangat-sangat bersyukur.
Allah telah mengizinkan saya untuk mengunjungi tanahNya dan tanah kekasihNya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.
Nikmat yang paling besar bagi saya hamba Allah yang serba kekurangan ini.

Dapat dirasakan betapa dekatnya saya dengan pencipta. Semoga saya diberikan kekuatan untuk terus istiqamah di jalannya. Dan semoga perubahan yang ingin saya laksanakan ke atas diri ini mendapat restu, rahmat dan diberkati Ilahi, InsyaAllah.

The Journey Begin

Alhamdulillah...

Dengan izinNya, berjaya juga saya mengcreate laman blog ini.
Dah agak lama sebenarnya saya berhajat untuk menulis secara konsisten di dalam blog. Namun masa yang agak terbatas sebelum ini seringkali membantutkan hasrat saya.
Tulisan-tulisan saya ini dan yang seterusnya (insyaAllah) bukanlah bertujuan untuk mewar-warkan atau mendabik dada dengan kelebihan-kelebihan yang ada. Hasrat saya hanyalah untuk mensyukuri segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Nya dalam perjalanan saya untuk menjadi hamba yang lebih bersyukur dan ikhlas...InsyaAllah.
Sesungguhnya segala yang baik itu daripada Allah, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

Andai ada di kalangan anda yang mengunjungi laman saya ini secara sengaja atau tidak sengaja, pesanan saya, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan :-)

Saya halalkan apa sahaja kebaikan yang mungkin ada di dalam laman ini untuk disebarkan, dikongsi dan dihayati bersama, InsyaAllah.