Tuesday, April 9, 2013
Sharing session : Tips memilih Agent Umrah
Alhamdulillah....
Orang kata tak kenal maka tak cinta
Dah kena baru nak bukak mata..hihi
Saya rasa terpanggil untuk mencatatkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam memilih pakej mengerjakan umrah di tanah suci. Catatan-catatan saya ini adalah berdasarkan kelemahan-kelemahan yang saya kenalpasti terjadi sewaktu saya mengunjungi haramain, yang pastinya boleh diperbaiki. Catatan saya ini juga adalah sebagai rujukan kepada saya yang mungkin akan terlupa, untuk rujukan di kemudian hari, InsyaAllah.
Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan...;-)
Saya hanyalah manusia biasa. Hamba yang Allah jadikan agar patuh dan taat mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Namun ada masanya saya engkar. Ada masanya saya tersasar. Ada masanya saya terleka. Dan ada ketikanya saya alpa.
Perancangan untuk mengerjakan umrah telah terlintas di benak fikiran saya sejak dua tahun yang lepas. Namun ada saja rintangan yang menghalang hajat saya disamping faktor kewangan yang pada perkiraan saya ketika itu tidak mengizinkan.
Namun keinginan itu semakin hari semakin kuat. Saya menganggap itu sebagai satu hidayah yang dikurniakan Allah kepada hambanya yang banyak berdosa ini. Alhamdulillah...
Awalnya saya merancang untuk menggunakan waktu cuti sekolah bulan Mei/June 2013 untuk mengunjungi haramain dan menunaikan ibadah umrah. Memandangkan saya merancang untuk membawa anak-anak saya yang bersekolah, maka pastilah tarikh cuti sekolah menjadi pilihan. Saya telah memulakan aktivit meng'google' agent-agent yang menganjurkan pakej umrah seawal November 2012 (Tapi rasanya ada yang membuat persediaan lebih awal dari saya..hihi).
Ketika saya meng'Google', faktor utama yang saya ambil kira adalah HARGA. Sesungguhnya, saya hanyalah rakyat marhaen yang kurang serba serbi, termasuklah faktor kewangan. Namun saya nekad, dan saya pasti bahawa Allah akan membantu saya dan memakbulkan hajat saya yang SATU ini. Justeru terdapat beberapa agent umrah yang telah saya senarai pendekkan dengan mengambil kira harga sebagai faktor utama. Faktor kedua yang saya pertimbangkan ketika itu adalah LOKASI HOTEL di Madinah dan di Mekah. Di Madinah, kebanyakan hotel adalah berhampiran dengan masjid Nabawi, sekitar 100 - 200m. Hotel-hotel ini mengelilingi masjid Nabawi dan kita boleh memasuki masjid Nabawi dari pintu-pintu yang berhampiran. Namun di Mekah, untuk pakej-pakej hotel yang berhampiran dengan masjidil haram harganya adalah sangat tinggi. Kerana Masjidil haran sekarang dalam proses peluasan. Maka, hotel-hotel murah di kawasan sekeliling yang berhampiran semuanya telah dirobohkan dan diganti dengan hotel-hotel mewah.
Itulah 2 faktor utama yang saya ambil kira sewaktu saya mencari agent umrah yang akan saya gunakan untuk kembara tanah suci saya.
Saban hari mengkaji tentang pakej umrah, menimbulkan satu perasaan yang amat memuncak dalam diri saya untuk segera mengunjungi tanah suci haramain ;-). Perancangan awal untuk pergi pada cuti sekolah Mei/Jun, telah saya bring forward ke cuti sekolah Mac 2013. Memandangkan cuti sekolah hanya seminggu, maka saya dengan kuasa yang ada pada saya mengizinkan anak-anak saya untuk bercuti lagi seminggu, tambahan kepada cuti sekolah yang sedia ada....hihihi
Call sana, call sini, gedebuk gedebak, gedebuk gedebak, tanya itu, tanya ini, tawar menawar dan sebagainya, maka saya mengconfirmkan pemergian kami sekeluarga (except sikecik huhuhu, kne tinggal dengan opah 2 minggu..) dengan Dasree Travel and Tours. Syarikat ini beroperasi di Kedah, dan baru membuka cawangan di Ampang, Kuala Lumpur. Pada hemat saya, apabila sesebuah syarikat itu mempromosikan servisnya di internet, maka syarikat sudah pasti boleh memberikan servis yang setara dengan servis yang mungkin diberikan kepada rakyat tempatan di mana syarikat ini beroperasi. Saya tegaskan sekali lagi, pada masa dan ketika saya membuat keputusan, hanya faktor HARGA dan LOKASI HOTEL yang menjadi faktor utama kepada penetapan keputusan saya. Kedhaifan saya menjangkakan bahawa servis yang akan diberikan kepada pelanggan, lebih-lebih lagi kepada pelanggan yang akan berkunjung ke tanah suci haruslah diiringi dengan keikhlasan. Dan dalam fikiran saya yang dangkal ini, sebarang pekerjaan yang diiringi dengan ikhlas sudah pasti akan membuahkan hasil yang terbaik.
Maka dengan ini, saya turunkan beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam perancangan untuk mengunjungi tanah suci. Faktor ini juga boleh diguna pakai untuk memilih travel agent yang akan membawa anda ke tanah suci kelak. Segala catatan ini adalah berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui. Justeru hikmah pengalaman adalah saya beroleh banyak pengajaran yang mungkin boleh dijadikan panduan dan ingatan.
1) Kredibiliti Syarikat dan staff
Sebaik-baiknya, pilih lah syarikat yang berhampiran dengan lokasi kita berada agar segala urusan lebih mudah untuk dilakukan secara bersemuka di pejabat. Pastikan staf-staf syarikat mampu untuk merungkaikan segala persoalan yang timbul dibenak fikiran anda dan mampu memberi informasi yang relevan dan meyakinkan mengenai produk pakej yang ditawarkan. Staf syarikat yang saya maksudkan adalah mereka yang menjawab panggilan anda apabila anda membuat panggilan kepada syarikat bertanyakan mengenai pakej yang diiklankan. Bukannya anda diminta untuk menghubungi semula beberapa kali pada kemudian harinya untuk bercakap dengan tuan punya syarikat yang pada masa yang sama menjadi mutawwif mengiringi jemaah umrah, marketing officer, pemandu pelancong, etc, etc kerana hanya DIA yang mengetahui segalanya.
Ini sangatlah penting kerana apabila kita telah engaged dengan syarikat berkenaan, kita akan sering berurusan dengan mereka untuk urusan bayaran, imigresen, visa, pastport dll. Justeru, ketidak efisienan mereka akan menyebabkan kita sentiasa panas hati dan mungkin akan menambahkan dosa kita sebelum berangkat ke tanah suci. Nau'zubillahiminzalik...
2) Terma dan syarat syarikat
Sewaktu anda meng'Google' syarikat-syarikat yang menawarkan pakej umrah, anda akan menemui syarikat-syarikat yang mempunyai terma dan syarat yang perlu di patuhi/di persetujui oleh pelanggan. Sekiranya kebanyak ayat di dalam terma berikut bermula dengan perkataan " Company will not be responsible..." atau " Syarikat tidak akan bertanggungjawab...." atau " Syarikat boleh mengubah...pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada pelanggan " --> Just forget it!!!
Term 'Customer is always right' masih releven. Terma-terma sebegini telah menunjukkan sedari awal bahawa syarikat memang meancang untuk tidak memberikan perkhidmatan yang baik/tidak mahu memperbaiki kelemahan syarikat mereka. Justeru, to play safe dan mereka tidak mahu pelanggan menyalahkan mereka di kemudian hari, maka mereka mewujudkan terma dan kondisi sedemikian rupa. So, please say NO to this kind of company. Kebarangkalian untuk mereka memanaskan hati anda di kemudian hari sangatlah tinggi.
3)Harga Pakej
Salah satu faktor yang berkait rapat dengan harga pakej ke tanah suci adalah jarak hotel dari perkarangan Masjidil Haram. Berlandaskan kepada survey saya, untuk jarak hotel sekitar 150m - 250m, untuk bilik berempat dan ke atas, harga pakej adalah dari serendah RM5500 - RM6500. Sekiranya kita nak bilik berdua, maka harganya adalah lebih tinggi. Sekiranya kita nak bilik berdua pada harga yang lebih rendah, hotel kita berkemungkinan besar adalah pada jarak yang lebih jauh dari masjidil haram.
3) Lokasi Hotel di Mekah
Sekiranya kita mempunyai kemampuan yang lebih, maka pilihlah pakej yangmenawarkan hotel yang berhampiran dengan masjidil haram. Ianya memudahkan kita untuk berulang alik menunaikan solat lima waktu di masjidil haram yang dijanjikalan pahala 100,000 oleh Allah S.W.T.
Tapi kalau kita kurang berkemampuan, sebab biasanya untuk hotel yang lebih dekat, harga pakejnye lebih tinggi, tak kisah lah duduk hotel mana pon. Kalau dalam jarak 250m - 500m still boleh berulang alik lagi. tapi kalau jarak lebih jauh, untuk menjimatkan tenaga, mungkin kita boleh rancang perjalanan. Contohnya, qiyamulail + solat subuh, then balik bilik, breakfast. Pegi untuk solat zuhor, then stay sampai asar, baru balik. Pas tu pegi maghrib, tunggu Isyak baru balik. Ada jugak yang balik lepas subuh, then pegi waktu zuhur, stay sampai Isyak, baru balik. bawak la roti ke pape sebagai alas perut sementara duduk di masjid tu. Balik malam, dinner.
Ada juga hotel yang agak jauh, tapi pihak hotel menyediakan pengangkutan bas untuk ke masjidil haram setiap kali waktu solat. So kene TANYA agent umrah kita berkenaan pengangkutan ke masjidil haram sekiranya jarak hotel kita agak jauh untuk ke sana.
Secara peribadinya, saya lebih suka hotel yang berhampiran masjidil haram. Tapi sekiranya tidak berkemampuan, jarak hotel sudah menjadi perkara kedua. Yang penting, kita telah berada di tanah haram dan yang selebihnya, rancang lah untuk mendapat kan yang terbaik.
4) Servis
-Mutawwif
Mutawwif adalah mereka yang telah dilantik oleh agent umrah kita untuk membantu/mengetuai umrah kita untuk kali pertama.
Ada travel agent yang mengupah para pelajar Malaysia di sana untuk menjadi mutawwif. Ada juga agent yang mengupah rakyat Indonesia yang tidak diketahui identitinya untuk menjadi mutawwif. TANYA kepada agent umrah anda, siapakah bakal mutawwif anda di tanah suci nanti. Sekiranya ini adalah pengalaman umrah pertama anda, pastinya anda perlukan mutawwif yang meyakinkan, yang boleh membantu anda melaksanakan ibadah umrah anda dengan sempurna, tanpa cacat cela atau sebarang keraguan.
Secara peribadinya, berdasarkan kepada pengalaman umrah petama saya, saya lebih meyakini para pelajar kita yang menjadi mutawwif di sana berbanding makhluk Allah dari negara jiran ini.
Justeru, TANYA kepada agent umrah anda, siapakah bakal mutawwif anda ketika umrah di Mekah.
Selain daripada menyediakan perkhidmatan mutawwif di Mekah, ada agent yang menjanjikan perkhidmatan mutawwif (saya rasa lebih tepat istilah pemandu pelancong digunakan) ketika di Madinah. Ada juga agent yang menjanjikan mutawwif wanita untuk menemani jemaah wanita mengunjungi taman syurga Raudhah di Masjid Nabawi. Sememangnya, sekiranya ada mutawwif wanita yang menemani anda mengunjungi Raudah, fasih pula berbahasa Arab, perjalanan anda ke Raudhah akan menjadi lebih mudah.
Namun ada agent yang buat-buat lupa kepada janji mereka untuk menyediakan mutawwif wanita kepada jemaah wanita di Masjid Nabawi. Maka sekiranya ini berlaku, tak salah rasanya untuk kita menagih janji mereka kan...???
-Makan
Alhamdulillah, rasanye semua makanan yang disediakan oleh agent adalah selamat untuk dimakan. Bergantung kepada tekak kita jer boleh terima atau tidak. Tapi kalau rasa x boleh terima sangat, banyak jer kedai-kedai makan di kawasan sekitar masjidil haram/masjid Nabawi. So dont worry, boleh bungkus and makan kat bilik...hehehe
-Pemandu pelancong / wakil syarikat
Sepatutnya akan ada wakil syarikat yang station bersama kita di bangunan hotel yang kita duduk. Bukannya di hotel lain. Kerana mereka yang akan menjaga kebajikan jemaah berkaitan makan, minum, bilik, pengangkutan, sakit demam dan sebagainya.
So, TANYA jugak pada agent tersebut sebelum anda memilih untuk pergi bersama mereka. Ada agent yang lepas tangan apabila jemaah telah berada di tanah suci kerana mereka tinggal di hotel yang lain. Jemaah kene pandai2 pandai sendiri untuk menguruskan hidup selama lebih kurang 8 hari di tanah suci.
(Saya dan anak-anak memanjat Jabal Rahmah melalui laluan berbatu sedangkan ada tangga disebalik sana bukit. Siapakah yang sepatutnya menunjukkan kepada saya selok belok kawasan ini??? Ini hanyalah masalah kecil bagi saya, seronok mendaki batu bersama anak2. Jabal Rahmah takde lah tinggi mana pon...;-) )
-Umrah dan ziarah
TANYA kepada agent tersebut, berapa kalikah umrah yang ditawarkan oleh pakej mereka. Maksud umrah yang ditawarkan oleh pakej adalah berapa kali mereka akan membawa kita keluar dari tanah haram (samada untuk ziarah/purposely untuk miqat) untuk niat umrah, dan selepas itu boleh terus mengerjakan ibadah umrah.
Ada syarikat yang menawarkan sehingga 5/6 kali umrah. maksudnya, mereka akan bawa kita ke luar kawasan tanah haram, miqat dan balik semula ke tanah haram untuk membuat umrah. Kebanyakan agent umrah hanya menawarkan 3 kali umrah. Bagi saya, pakej yang menawarkan 5/6 kali umrah, servisnya boleh dikategorikan sebagai BE (Beyond Expectation, terbaikkk...) Bagi yang menawarkan 3 kali umrah, pakejnya adalah OK. Tapi agak bermasalahkan bila pakej yang dijanjikan 3, yang ditunaikan hanya 2....hmmmm
-Value addeed service
Sekiranya pakej yang ingin kita ikuti itu disertakan dengan ustaz untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kita sepanjang kembara tanah suci kita, itu adalah value added service bagi saya. Memang banyak sangat persoalan yang akan timbul sewaktu kita di tanah suci. Berkaitan ibadah umrah, berkaitan DAM, dll. Sekiranya agent yang bersama kita adalah seorang yang reliable berkenaan hukum hakam agama, Alhamdulillah... Tapi sekiranya tidak???? Pastinya setiap persoalan agar terbiar tanpa jawapan. Silap-silap kene call ustaz kat Malaysia untuk pencerahan.
So, TANYA jugak kepada agent tersebut, adakah mereka yang faham hukum hakam agama yang akan bersama-sama anda ke tanah suci kelak.
5) Flight
Sebaik-baiknya, pilih lah flight penerbangan terus ke Madinah. Sekiranya tidak ada penerbangan terus ke Madinah pada waktu itu, pilihlah penerbangan ke Jeddah. Transit akan melambatkan waktu perjalanan dan memenatkan badan.
Perjalanan dari Jeddah ke Madinah dalam 5 jam menaiki bas. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah dalam 2 jam menaiki bas. Kebanyakan agent mengatur perjalanan dari Jeddah ke Madinah, bermalam 3 hari di Madinah dan bergerak ke Mekah. Perjalanan dari Madinah melalui laluan datang yang sama, lencongan sebelum masuk ke Jeddah untuk ke Mekah. Masa perjalanan Madinah-Mekah, lebih kurang 5 jam jugak. Perjalanan dari Mekah ke jeddah sekitar 2 jam.
6) Kursus Umrah
Ini SANGAT PENTING!!!
Ada diantara kita yang memandang ringan kepada kursus umrah memandangkan rukun umrah lebih sikit jika dibandingkan dengan haji. Justeru umrah dianggap mudah. NO, NO, NO. Jika di dalami, umrah tidak semudah yang disangka. Sekiranya rukun umrah tidak sempurna maka tidak sahlah umrah kita dan sia-sialah segala perbuatan kita.... dan sekiranya larangan umrah dilanggari, maka DAM lah keatas kita. Dengan pengetahuan yang cetek, kita mungkin menyangka umrah kita telah sempurna lalu melanggari pantang larang ihram. Sedangkan hakikatnya umrah kita masih belum sempurna dan kita masih di dalam ihram, nau'zubillahiminzalik...
Penuh kan lah ilmu di dada sebelum berangkat ke tanah suci supaya ibadat kita lebih sempurna.
TANYA kepada agent umrah tersebut, adakah kursus umrah ditawarkan kepada para jemaah. Sekiranya ada, tanya betul2 bila dan di mana. Ini lebih penting untuk mereka yang berada di luar kawasan operasi agent umrah. Bertegaslah dengan agent umrah anda berkenaan kursus umrah untuk anda. Minta mereka tetapkan satu tarikh untuk kursus umrah anda. Sekiranya mereka tidak berjaya melaksanakan kursus umrah untuk anda pada tarikh tersebut, sepatutnya mereka ada alternatif lain untuk anda. Kursus umrah di restoran atau di kedai mamak tidak sepatutnya berlaku. Sekiranya ini berlaku, itu adalah tanda2 awal kepada perkhidmatan yang lebih teruk seterusnya.
Anda boleh membatalkan pemergian anda dengan agent berkenaan sekiranya ini terjadi, untuk mengelakkan masalah lain yang mungkin timbul sepanjang kembara anda kelak.
6) Air Zam-zam
Berdasarkan kepada survey saya secara rambang, kebanyakan agent umrah di negara ini memasukkan air zam-zam ke dalam pakej jemaah. TANYA kepada agent umrah tersebut, adakah air zam-zam yang dimaksudkan adalah air zam-zam didalam botol sahaja atau telah dipek dan diseal di dalam plastik tebal serta dimasukkan ke dalam kotak? Sekiranya hanya air zam-zam di dalam botol, anda perlu sealkan air zam-zam tersebut dan masukkan ke dalam kotak di Airport Jeddah/ Madinah dengan bayaran SR15. Sekiranya pakej air zam-zam yang ditawarkan sudah siap berpek dan diletakkan dalam kotak, maka anda tak perlu buat apa2 lagi dan sepatutnya tidak akan ada bayaran tambahan yang diminta oleh agent tersebut ke atas anda lagi sebagai bayaran untuk pek dan kotak.
7) Dengarlah kata hati
Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih agent yang akan membawa anda mengunjungi tanah suci, buatlah kajian berkenaan syarikat yang telah disenarai pendek. Mungkin anda boleh mendapat serba sedikit maklum balas dari pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka. Buatlah istikharah meminta petunjuk dari Allah tentang hasrat anda. Dan akhirnya, dengarlah kata hati anda kerana ada masanya, ia adalah petunjuk yang nyata.
Semoga dapat dijadikan panduan dalam memilih agent yang akan bersama-sama kita untuk kembara ke tanah suci. Dan semoga menjadi peringatan kepada diri saya sendiri.
Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalam kak..sy bercadang dengan izin Allah akan pergi menunaikan umrah dlm tempoh 2 tahun ni (insyaAllah jika kewangan diizinkan)..saya mmg tggal di kedah..dan agensi yg akak pilih ni berdekatan dengan rumah saya.. cumanya kalau boleh share dgn sy ok tak agensi akak pilih ni?sy betul2 harap akan reply ya..kalau tak nk dedah disini.. bleh email sy di neesa_amanda@yahoo.com
ReplyDeletesalam..saya pon berminat hendak tahu sama ada agensi yang dipilih puan ok servis ny?dan hotelnya bagaimana ye? boelh email sy di fathilahkkt@yahoo.com..trima kasih :)
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbt
ReplyDeleteMemang benar, pemilahan Travel Agency yang mengendalikan perjalanan dan urusan ibadat umrah di tanah suci adalah sangat penting bagi melicinkan ibadat kita di sana.
Kalau kita baca dengan teliti dan dengan mata hati kita boleh faham akan maksud yang tersirat tentang apa yang ingin disampaikan oleh admin dalan entri ini.
as salam..cdgan agent y ok n harga y mampu dibayar lebih2 lagi sy seorg remaja ppuan..sgt2 nak gi umrah tahun depan..
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeletePuan ZNurulF,
Saya mohon izin puan untuk linkkan entri Puan di blog.
Terima kasih di atas perkongsian. Semoga Allah memberkati Puan sekeluarga.
Salam Puan, bole tak share pengalaman puan pergi umrah dgn travel agent yg puan nyatakan di atas. Saya ingin tahu lebih lanjut kerana saya inshaAllah mungkin menggunakan travel agent yg sama utk menunaikan ibadah umrah. Puan bole share information yg berkenaan di email saya nuuraia@gmail.com ..terima kasih atas perkongsian...
ReplyDeleteASSALAM
ReplyDeleteadmin, mohon beri cadangan /contcat travel agensi yang ok pada padangan admin.
berharap sagat/ terima kasih
semoga allah membalas jasa baik admin